SELAMAT HARI GURU

Buat cikgu-cikguku, Buat ustaz ustazah, Buat rakan-rakan, Buat semua yang bergelar guru…. Utk korang yang bergelar guru, ambil lagu ni. Korang jangan buat-buat lupa ni… hehehe. Pesanan dari saya, BERKHIDMAT BIAR IKHLAS, jangan asyik mengejar APC sehingga memijak orang lain

Guru Malaysia…

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

HAPPY MOTHER’S DAY

Gambar Oleh lyanglarhaltz

Sekadar Gambar Hiasan dari aku.

**********************************************

Wah!!! Tajuk B.I plak kali ini. Tapi isi kandungan tetap B.M

Hari berlalu, akhirnya hari ibu tiba lagi. Sebagai seorang anak, aku juga nak ucap HAPPY MOTHER’S DAY buat ‘ummi’. Walaupun anak mu ini nakal, aku tetap sayang’ummi’.

Untuk ummi dan semua ibu2 di dunia, Selamat Hari Ibu. Jom Layan lagu spice girl… hehehe

He used to be my only enemy and never let me free,

Catching me in places that I know I shouldnt be,

Every other day I crossed the line,

I didnt mean to be so bad,

I never thought you would

Become the friend I never had.

Back then I didnt know why,

Why you were misunderstood,

So now I see through your eyes,

All that you did was love,

Mama I love you, mama I care,

Mama I love you, mama my friend,

My friend

I didnt want to hear it then but

Im not ashamed to say it now,

Every little thing you said and did was right for me,

I had a lot of time to think about,

About the way I used to be,

Never had a sense of my responsibility.

Back then I didnt know why,

Why you were misunderstood,

So now I see through your eyes,

All that you did was love,

Mama I love you, mama I care,

Mama I love you, mama my friend, my friend

But now Im sure I know why,

Why you were misunderstood,

So now I see through your eyes,

All I can give you is love,

Mama I love you, mama I care,

Mama I love you, mama my friend,

My friend

Mama I love you, mama I care,

Mama I love you, mama my friend,

Youre my friend

Mama ~ Spice Girl

Buat renungan kita sebagai Insan:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” (Surah Al-Ahqaf, ayat 15)


وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah Al-Israa, ayat 24)

keRACUNan

Photograph by lyanglarhaltz

Gambar unta ni aku shoot kat zoo. Dalam experiment IR.

Apa itu  IR:

1.       IR = Infrared

2.       IR = best

3.       IR = warna yang menggilakan

4.       IR = Racun

Dan aku telah pun keRACUNan…

Kesunyian

Aku Masa Muda-Moody

Aku Masa Muda-Moody

Wargghhh!!!, otak makin beku, idea makin kering, jiwa makin goncang. Tiap hari rutin sama. Hidup makin sunyi di dunia yang bising ini. Terkadang sampai tidak sedar berpijak di dunia mana. APA AKU MEREPEK NI??…..

Sebenarnya aku betul-betul rasa bosan + sunyi kebelakangan ni. Dalam beberapa minggu ni, aku kena kerja Isnin-Sabtu. Cuma Ahad yang tinggal. Itu pun tidak mampu diisi keriangan. Bilamana mereka juga pula sibuk dengan urusan-urusan mereka.  Tinggallah aku sendiri menekan-nekan shutter.

Siulan menghibur kesunyian:

Kau selalu di hati

tak ku dekati

dua dunia kita berbeza

 

cinta itu buta dan juga boleh membutakan

melukakan dan sukar untuk kita lupakan

aku cinta padamu hanyalah ungkapan

luahan yang jarang bermakna bila diucapkan

Ini pula cerita cinta sang pujangga

bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga

mungkinkah khayalan akal mainan minda

atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah

kau selalu di hati tidak ku dekati

sentiasa ada mata jahat yang memerhati

tapi ku tak runsing tidak mungkin rindu

ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru

senyuman di kaca kisah mu ku baca

perjuangan kita sama duka mu ku rasa

aku pasrah saja pada yang Esa

Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

 

Suka di kala malam termimipi-mimpi

Rindu di kala siang mencari-cari

Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar

walau dipisah lautan direnangi gelora

dan kadangkala hanyut bagaikan buah ara

malu sering bersua tapi jarang bersuara

Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah

Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata

tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti

Harapan menggunung sampai penghujung dinanti

Dipegangkan janji tetap ratu di hati

Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti

Sabar menanti Kesabaran diuji

Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi

aku pasrah saja pada yang Esa

Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

 

Perjuangan seni kita tidak berpenghujung

Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung

Cabaran menikam kau tidak pernah bermurung

Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung

Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran

Atau suaramu yang jadi bahan tuturan

Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran

Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran

Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata

(kata apa saja) iya tapi tentang apa

Wajah mu yang cantik manis lagi

Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi

Realiti sukar diatasi

Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi

Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia

Biar khayalan ku melayang

 

Dua Dunia – Too Phat ft Siti Nurhaliza

HIJAB [IR]

Takde banyak cerita entry kali ini. Just nak share gambar bakal model aku (Hahahaha). Sejak akhir ni aku cuba belajar nak shoot IR kat kat human. Susah sangat nak cari skin tone. Asyik jadi zombie je. So entry ni layan IR HIJAB.

 

photograph by lyanglarhaltz
photograph by lyanglarhaltz

Gambar ini diambil masa kursus pengenalan digital kamera dekat bangsar sabtu lepas

——————————————————————————————————————–

Hijab, dalam bahasa Arab bermaksud penghalang atau tutup. Dalam beberapa tempat ‘hijab’ lebih menjurus kepada kepada tudung muslimah bagi menutup aurat (kepala).

Zaman terus berlalu, nas-nas semakin dilupakan atau mungkin diabaikan. Kalau dilihat masa kini pemakaian tudung semakin dipandang enteng perempuan muslim. Aku pernah terdengar, “tak kisah bertudung ke tak, janji hati mesti baik”. Aku tak leh nak kata apa sebab diri aku ni pun bukan baik sangat. Tapi ustaz aku pernah bercakap “tidak ada manusia yang akan berada disyurga dan neraka pada masa yang sama”. Aku tak ada hak untuk menghukum, tapi faham-faham saja la ya. Aku sekadar mengajak, belum mampu memaksa, sekadar beringat. :)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” AN-NUR : 31

 

 

GAMBAR-GAMBAR LAMA AKU

Subuh pagi tadi, sementara menunggu hari siang untuk meneruskan sisa kehidupan, dengan kepul2 asap kanser, fikiranku merewang. Memikirkan tentang masa lalu. Banyak yang berubah, banyak juga yang sudah aku lupakan. Walau dunia tak pernah melupakan.

Dalam beberapa minit yang tinggal aku godek2 gambar lama masa zaman study dulu. Jumpa beberapa keping gambar. Shoot guna kamera filem kompak.

Aku dgn Adnan. Dia dah kawen, aku masih masih membujang :)

Dulu aku pemain hoki


Macam ragam




Kalau dari segi fotografi memang semua gambar OUT. Tapi gambar-gambar ni tetap besar maknanya bagi aku. Meningatkanku pasal masa lalu. Masak maggi dalam tin sardin. Makan nasi bersup air Milo. Macam-macam lagi lah. Hehehe. Lain kali aku sambung pasal cerita masa lalu, kena korek dulu gambar-gambar lama. Itu pun kalau masih ada.

P/S:  YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK JADIKAN PENGAJARAN

PRASANGKA BURUK

Sebelum aku cakap banyak, layan dulu gambar yang tak seberapa

photograph by lyanglarhaltz

Aku masih lagi belajar bab gambar-gambar lanskap ni.

 

 

Balik pada tajuk….

 

Dalam kehidupan penuh panorama ini, prasangka buruk tidak pernah lari dari cerita kehidupan. Aku sering melihat, aku pernah merasa bahana prasanga buruk ini. Malah dalam hati aku sendiri ini pun pernah tumbuhnya prasangka buruk ini.

Bila adanya prasangka buruk ini, lahir pula perasaan benci, perasaan dendam, perasaan marah dan macam-macam penyakit hati yang lain. Kita kalau dah benci dengan orang lain, semua apa yang orang tu buat kita selalu bersangka buruk. Bila orang tu berbuat baik, kita cakap berpura-pura. Kita katakan dia ‘ada udang sebalik batu’. Bila dia bermurah hati kita cakap dia menunjuk-nunjuk. Bila dia dapat kelebihan (anugerah), kita katakan dia dia guna cara salah. Senang cerita, apa sahaja dia buat semuanya salah bagi kita. Sera serbi semuanya salah. Dia duduk salah, dia berdiri salah. Kita ni kalau dah tak suka dengan orang, apa dia buat pun semua salah. Aku bercakap ni atas apa yang aku pernah rasa bila berprasangka buruk dengan orang. Pernah korang rasa macam yang aku rasa? Terukkan kita ni.

Dalam jiwa-jiwa yang ditemani penyakit hati ini, memang best mencari kesalahan orang lain.  Ye lah, Iblis pun join sama kan, mana tak bestnya!. Bab mencari kelemahan orang, kesalahan orang, tunding jari pada dia kadang lahirnya fitnah. Hati kita ni melonjak riang bila sampai dapat melihat orang tu tersungkur. Lebih-lebih lagi tersungkur depan kaki kita, bersujud depan kita. Kita lah hero. Macam dah dapat emas setinggi gunung.

Tapi pernahkah kita terfikir, sampai bila semua itu berlanjutan. Apa yang kita dapat atas semua yang kita buat kat orang tu? Bangga, puas hati, menang? Untuk apa semua tu? Bolehkah dibawa ke lubang kubur? Kalau sampai apa yang kita buat itu memberi penyiksaan kepada orang lain, kita pun tau apa yang kita dapat kan?

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ

 

“Hai orang-orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan bertakwalah kamu kepada Allah.    Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. AL-HUJURAAT, 49:12.

 

Aku menulis ini macamlah hati aku ni dah baik sangat. Tapi aku akan usaha untuk mencuba membuang penyakit hati prasangka ini. Sesungguhnya hidup ini cuma sementara. Sementara bernafas akan mecuba untuk memperbaiki hati, walaupun tidak sempurna sekurang-kurangnya mencuba.

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِيَّاكُمْ وَالظَّنِّ فَاِنَّ الظَّنَّ اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَنَافَسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابِرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ اِخْوَانًا

 

“Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”.  H/R al-Bukhari.

عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ :  وَلاَ تَظُنُّ بِكَلِمَةٍ خَرَجَتْ مِنْ اَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ اِلاَّ خَيْرًا.

 

“Dari Umar bin Al-Khatab beliau berkata:  Janganlah kamu berprasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik”.

Rasanya aku dah banyak bercakap ni, andai ada umur lain kali mungkin aku sambung bab prasangka ni.

P/S: * ENTRY INI SEKADAR NASIHAT DAN RENUNGAN BUAT DIRI AKU YANG BANYAK BERBUAT SALAH

 

RASA DIPERSALAHKAN

Photograph by lyanglarhaltz

Gambar ini aku ambil masa FMDC Amazing Photorace dekat bawah lrt Pasar Seni.

‘Entry ini adalah sekadar nasihat buat diri aku’

Pernah tak korang dipersalahkan? atau dituduh koranglah puncanya masalah itu. AKU PERNAH!. Aku selalu kena benda-benda macam ni. Apa korang buat kalau hal-hal macam ni jadi kat korang? Kalau aku, aku akan sakit hati, aku akan marah, selalunya aku akan mengamuk. Lemahkan aku. (buat pengetahuan semua aku bukan manusia sempurna). Kalau korang tempat aku, apa korang buat?

Tapi setelah bermacam keperitan dialami, aku sedar satu hal, sakit hati, marah itu semuanya tidak bermakna malah tindakan bodoh. Pengalaman hidup mengajar aku. Itu semua penyakit hati yang membeku dalam diri.

Walaupun kadangkala perit untuk diterima, Tapi adakalanya ketika diri dipersalahkan terdapat ribuan hikmah mengiringi. Walau dikurniakan sepasang mata, tapi amatlah jarang untuk melihat kelemahan diri sendiri. Sehinggalah dilihat kelemahan itu oleh orang lain dan ditegur. Tapi ego membengkak dihati disangkal semua teguran. Sehingga menutup rasa menginsafi diri.

Sepatutnya haruslah menginsafi diri, Membetulkan kesilapan yang kita tidak lihat dalam diri sendiri. Atas apa yang terjadi sepatutnya sikap sabar yang diambil, bukanlah melenting mengamuk macam aku.

Tapi mula sekarang aku akan cuba mengamalkan  sikap sabar kerana sesuatu itu ada hikmahnya. Menilai diri sendiri agar hidup ini lebih diredhai.

p/s: Buat semua, sesiapa yang pernah aku marah ketika korang menegur aku, AKU MINTA MAAF

KENALI DIRI

                              photograph by lyanglarhaltz

sekadar gambar hiasan

Demam aku masih berterusan. Semalam aku cuba pegi kerja, tapi memang tak laratlah, Balik awal jumpa doktor kat klinik dapat MC 3 hari lagi (yeah…yeah…aku cuti lagi). Doktor cakap kalau tak sembuh juga kena refer pegi hospital pula. Tapi aku memang harap sembuh cepat, kalau jumpa doktor lagi mesti lagi banyak duit nak guna :)

Semalam aku post shoutout dekat friendster yang aku nak delete akaun friendster aku. Aku tinggalkan pesan buat kawan-kawan kat fs tu kontek aku guna YM jer.

Malam (dah hampir) tadi seorang kawan lama (kawan sekolah dulu) buzz aku kat YM. Walaupun tak larat aku gagahkan juga layan.

buzz
kawan : Salam bos
aku : Salam
kawan : Lama tidak jumpa, apa kes ko ni?
(aku tak jumpa dia sejak aku berpindah sekolah tahun 1998)
aku : ndapapa bos
kawan : pa kabar ko?
aku : aku demam ni, 9 hari suda
kawan : Sabar, itu ujian.
aku : aku rasa aku sudah jauh tersesat la
kawan : sesat? sesat mana?
kawan : Syurga ke Neraka?
aku : eya
kawan : Istighfar
kawan : KENALI DIRI, KENALI TUHAN
kawan : KENALI TUHAN, KENALI DIRI
kawan : kembali padaNYA.
(aku memang tak tahu nak jawab apa)
aku : Terima Kasih kawan.
…….

Apa yang dikatakan kawan aku tu buat ku termenung. Memang banyak betulnya cakap kawan aku ni. ayat simple tapi pengertian besar. aku rasa macam kena suluh oleh spotlight. Harap aku dapat temui diri aku yang sebenar semula, ALLAHUALAM

………………………………………
# ndapapa = tidak ada apa-apa
# kawan = (bukan nama sebenar) kawan aku masa sek dulu, lepas habis belajar kat Mesir, dia dah jadi ustaz sekarang ni.

RAJA LAWAK

Sepanjang tiga hari cuti aku banyak duduk dalam bilik je. Dah hampir seminggu aku sakit. Dua hari terakhir ni aku tak larat bergerak banyak sebab bandanku makin panas dan makin lemah tak larat. Nak pegi klinik pun tak larat / tak banyak buka kat kawasan aku ni. Ubat memang tak makan sebab dah habis stok. Paling pun sempat keluar TT sejam je masa tengah hari sabtu lepas :)

Berbalik pada tajuk…..
Jumaat lepas dalam sakit-sakit sempat juga aku layan final Raja Lawak (kat astro je). Kumpulan Sepah diangkat jadi juara. Kalau tiap minggu tengok show dorang pun memang bersepah air liur gelak. Tapi apapun kumpulan dorang ni memang best. Lawak memang spontan tapi berisi. Tapi ending persembahan kedua dorang malam final tu lain macam sikit. Rasa syahdu pula. Terutama masa nyanyi lagu “Istilah Bercinta ” yang dorang ubahkan lirik. semacam banyak pengertian. Yang pasti aku terasa. :)

lirik ikut sedap teliga aku mendengar, jari menaip

Dulu kau kubelai
Tak pernah ku lalai
Tapi hilang ke mana
Aku pula yang merana

Sekarang kau dah pandai
Biarku terabai
Tinggallah aku terkapai-kapai

Kini ku sendiri
Tercampak di sini
Tak siapa peduli
Tiada arah tuju
Tentunya ilahi
Yang penting bahgia

Next Page »


Haribulan

November 2009
M T W T F S S
« May    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30